Friday, April 23, 2010

AL-FATIHAH

dalam usia yg masih muda
dia telah pergi menghadap Ilahi.
saya redha dgn pemergiannya

pada hari selasa...tepat
ketika saya baru sahaja
memasuki musolla
untuk meletakkan telekung
satu pengunguman telah dibuat
bukan tentang pemberitahuan
kematian arwah
tetapi pemberitahuan mengenai
solat hajat yg akan dilakukan
bersama2 selepas solat zohor
untuk pelajar tingktn 3 yg sedang tenat

kami masih tertanya2
siapakah pelajar yg dimaksudkan itu??
setelah selesai solat..
barulah saya tahu siapakah
yg dimaksudkan.....

lepas solat turun pergi kelas
untuk mengambil harta saya
iaitu 'beg sekolah'...
sampai je dekat bawah
terus pergi kantin and cepat2
menghampiri publicphone untuk
menghubungi ibu.....

setelah selesai call
saya and athirah di ikuti shafila
pergi jumpa teacher najmah
bertanyakan tentang arwah
teacher say "liyana tgh nazak"

ya Allah...bagaikan hendak gugur jantung saya
meskipun saya tidak begitu
rapat dengan beliau,
tapi sebagai seorang sahabat
yang mengenali beliau
saya berasa....sedih menusuk kalbu..

balik umah..call fir...
cite2...nangis2...
and then...dlm pukul 4.41pm
saya mendapat sms from fir
yang saya lihat hanya ayat..
"awk.. yana da xd.."

Ya Allah..sesungguhnya
Engkau yang maha berkuasa
di atas setiap yang berlaku..

text dengan kwn2 saya semua bagitau tentang benda ni
and then sue ask me
"fil,xteringin ke nak tgok dia??sue teringin sgt"
saya ckp...saya mmg teringin sgt2..tapi siapa nak bawak

setelah dibawa berbincang
akhirnya,dgn kebaikan ckgu din...
kami(aq,sue,panie,sanah n tira)
menumpang kereta beliau..

dlm pukul 6 lebih,kami bertolak....
and then stop at rantau panjang
amik fera and yanie....
tepat jam 7.18,
kami smpai di sementa..
ckgu din memberhentikan kereta
dkt masjid sementa
kami pon solat maghrib semua...
and then fera n yanie naik kereta ina lak..

mencari rumah arwah...
kami smpai tersesat...
dgn kegelapan malam...
agak sukar untuk membaca papan2 tanda
yg berada di tepi2 jalan n sekolah

hampir pukul 9
kami pun tiba....

setelah beberapa langkah
kami melihat
sukujur tubuh yg sudah tidak lagi bernyawa
kami teruskan melangkah
bersalaman dgn tetamu2 wanita..
mak arwah menyelakkan kain yg menutupi
wajahnya......kami menahan sebak....
mak yana ckp
"mesti yana suka ni"
"yana ckp dia rindu kwn2 n nk dtg sekolah..
kalau dia ada mesti dia gembira"
ya Allah......

kami membacakan Yassin wat arwah
setelah itu
ada bacaan tahlil
selepas selesai,kami meminta izin
untuk mencium wajah arwah

saya mencium dahi arwah
saat bibir and hidung saya sampai di dahi arwah
saya dapat merasakan.....
betapa sejuknya wajah arwah
yang putih bersih itu....

Ya Allah......
engkau tempatkanlh arwah dlm klgn
hambamu yg solehah...
Engkau ampunilah segala dosa2 arwah...
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...
...amin.......al-fatihah....

"ajal yg dtg dimuka pintu
tiada siapa yg memberitahu,
tiada siapa pun dpt hindari,
tiada siapa yg terkecuali,"