Thursday, October 25, 2012

journey of ukhuwah



Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. how are you readers? wait a minute, do i have any reader here? it's okay, maybe i got stalker that always read my post. be positive is cool right. haha. alright, the reason why i'm posting this entry is because, yeah i will end my school life soon. gembirakah saya? sedihkah saya? honestly saya rasa berat.....

last year, on 7th March 2011, for the first time ever saya menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. perasaan saya pada masa itu? i dont know what or which word best to describe that feeling but what can i say is just like rela dalam terpaksa yang merelakan. ahaks. dulu after dapat result pmr saya mati-mati tak nak mohon samtish, sampai sanggup mohon sekolah dekat sabak bernam. kenapa? sebab for almost three years saya dekat sg bert banyak cerita yang saya dengar membuatkan saya set dalam mind ni "i will never go to that school". hehe. tapi takdir ALLAH, saya tak dapat sesuaikan diri dengan keadaan dekat sabak bernam so then i return back to sg bert. and saya jumpa cikgu kaunseling, she said "to be a psychiatrist, need to take those science subjects". i keep thinking to take aliran sains balik. i told my mum and she applied for me. i dont know whether it's good decision or not but i always say 'ya ALLAH, jika ini yang terbaik untukku, permudahkan'. few days after my mum sent borang dekat jais, she received a call saying that i got it. then yeah, i moved to samtish. hebat kan perancangan ALLAH...

first year dekat samtish memang mencabar. kenapa? kena buli ke? it's not like that la girls and boys. biasalah pendatang baru, i need time untuk biasakan diri dengan suasana, dengan budaya, dengan subjects, else. masuk samtish dapat kelas first pulak kan, fuuhh tak layak bila difikirkan semula. but what can i do, kelas first je yang ada kekosongan at that time, i guess. masa form4 ni juga we always like 'cepatlah tahun depan', 'cepatlah habis sekolah'. time tuh rasa macam nak cepat-cepat keluar dari samtish. rasa rindu dekat sg bert pulak makin menggunung tinggi. sejujurnya tahun 2011 saya sangat tidak mengambil berat tentang apa-apa aktiviti dekat sekolah, like seriously. teruk kan saya ni. hehe. tapi, alhamdulillah after pertengahan tahun dah okay sikit.

and for this year, i feel, not a bit better, but much better than last year. the ukhuwah also get stronger, i can feel it. i told you guys before in my past entry that i'm on my way to be a better me right. ya ya ya, doakan saya agar terus istiqamah =').. hurm sometimes kita kenal a person lama, tapi kita tak lah rapat mana. sometimes kita baru kenal a person not more than a year, tapi kita rapat. sometimes kita kenal a person and terus rapat tak lama kemudian. sometimes kita rapat with a person only pada tahun ketiga perkenalan. and few more situation. dan rapat kita dengan seseorang tak bermakna kita rasa selesa untuk berkongsi segala rasa yang hadir kan. yes i faced that situation. ada few kawan yang saya rapat saya rasa selesa untuk share random and common story. but there is three, four friends that i feel very comfortable and free to share with what i feel deep inside. but still, not too much as saya seorang yang suka memendam rasa dan masalah. hee.

lepas spm ni mesti ada yang ke nun sana, nun situ, etc. but i really hope kami dapat jaga baik-baik ukhuwah fillah yang telah terbina ini. ahhhh yet still, rasa berat rasa sayang nak berpisah nak lepaskan kalian pergi. entah bila dapat jumpa lagi. bila masing-masing sudah membawa haluan sendiri, bila masing-masing sibuk dengan urusan duniawi. huhu. sebelum kata perpisahan terucap, terlafaz di bibir, saya harap sangat saya boleh jadi sahabat yang sentiasa mengingatkan kalian kepadaNYA. at least biarpun terpisah tujuh lautan dunia sekalipun, kalau kalian ingat saya dalam doa kalian, itu sudah cukup untuk saya.

from deep of my heart, saya rasa bersyukur sangat dapat kenal dengan each of you whether kita rapat or not. kadang ada telatah kalian yang membuatkan saya rasa geli hati sekaligus menghilangkan rasa sedih yang ada tika itu. and thanks a lot to each of you sebab dalam sedar ataupun tidak, banyak benda yang saya belajar daripada kalian. bukan setakat ilmu untuk peperiksaan, tetapi juga ilmu kehidupan di dunia dan di negeri kekal abadi. jazakumullahu khairan kathira. =')

"teman yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan, dan mustahil untuk dilupakan"...
"alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain"...
"kawan sejati ambil berat macam seorang ibu, marah macam seorang ayah, bergurau macam adik-beradik dan menyayangi lebih daripada seorang kekasih"...
"we shared smiles, we wiped the tears, and through the years.. our friendship has grown along with us.. you are truly a wonderful part of my life"...


semoga ukhuwah yang terjalin di antara kita terus kukuh dan dilimpahi rahmatNYA. dan semoga kita terus saling bergantungan dalam menuju syurgaNYA. uhibbukum fillah. last but not least, doakan kejayaan kami dalam mendapat 11A+, 10A+ in SPM, juga kejayaan kami di dunia dan di akhirat, amiin...

thanks a lot for reading this nonsense entry. hehe. may ALLAH bless each of us always, amiin, insyaAllah. assalamualaikum wbt...

Saturday, October 06, 2012

ku percayakanMU


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. wuuu lamanya tak menaip dekat blog ni. almost three months. actually dari ramadhan sampailah dah habis syawal, rasa nak menaip tuh ada, tapi sayangnya rasa malas yang teramat untuk menggunakan lappy telah membataskan niat untuk menaip new entry dan berkongsi beberapa cerita, kisah, nasihat, kata-kata, etc. hee

alhamdulillah trial spm pun dah selamat dipanggang dan resultnya telah selamat ditanam. hehe. alhamdulillah bersyukur dengan result yang saya terima. tak boleh nak comment and tak puas hati sangat sebab saya rasa itu pun dah lebih dari cukup kalau nak dibandingkan dengan usaha saya. see, betapa pengasih dan penyayangnya DIA. btw, realised that i need to work harder.

for these three months, banyak benda yang berlaku, banyak benda yang saya dapat. alhamdulillah. as you expected, one of them related to result. result apa? for sure result trial. hurm dalam sedar atau tidak, sometimes bila dapat result, berbagai-bagai reaksi yang dapat kita lihat. ada yang tersenyum gembira dan ada juga yang bermuram, sedih kehampaan. allahurabbi. tidak dapat dinafikan. saya juga tidak dapat menahan diri dari tersenyum when i got a great result and shed tears when i received those bad result. but. i feel grateful, sebabnya walaupun tidak terucap di bibir, tetapi dalam segenap ruang hati dan minda tidak henti-henti mengucapkan syukur kehadrat Ilahi.

mungkin result yang teruk itu membuatkan saya rasa down, but alhamdulillah, kerana result yang teruk itulah saya meraih lebih banyak kekuatan. sebab itu saya selalu ingatkan diri saya bahawa ALLAH sayang kita. thats why DIA ttidak akan pernah berhenti uji hamba-hambaNYA. dan ujianNYA itu datang dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari.

mungkin bila kita gembira ada kawan-kawan yang cakap kita berlagak. dan mungkin bila kita bersedih ada kawan-kawan yang menganggap kita terlalu lemah. its okay. setiap orang ada hak untuk memberi pendapat. anggaplah itu semua kata-kata membina. hee.

one day, when i received back my arab paper, i felt really sad that i cant even hold back my tears. i think i really cried lots for this paper than chemistry paper. went back home. then at night i think, a friend text me, "filzah, cuba filzah renung kata-kata ni 'kadangkala ALLAH turunkan hujan dan kilat, puas kita mencari di mana matahari. rupa-rupanya ALLAH nak hadiakan kita pelangi' filzah cuba faham makna tersirat dalam ayat ni". then i replied "ayat yang familiar, selalu dengar, tapi hanya dihayati tika perasaan sedih, kecewa itu mengetuk pintu hati. kadang ALLAH asyik memberi kita kegagalan, kepayahan, untuk kita mengenal erti usaha itu. untuk kita belajar menjadi lebih tabah dan bersedia. sebelum tiba waktu yang sesuai untuk DIA kurniakan kita sebuah kejayaan yang penuh rahsia tersembunyi 1001 kisah disebaliknya"..

sebenarnya saya rasa saya tidaklah terlalu lemah. i mean bila saya rasa sedih saya menangis. but rasa sedih dan down itu tidak berterusan untuk jangka masa yang lama. i just need few times to repair back my heart, self-confidence, etc. insyaAllah after that i will be okay. if HE wills.

disebabkan result trial ni, ada sahabat yang bersedih, tetapi menyembunyikan perasaan mereka, hanya menunjukkan sikap tenang mereka. tetapi, sejujurnya, tanpa mereka sedari, sikap mereka berubah, dan itu sedikit sebanyak merobek hati saya yang rapuh. ada juga sahabat yang bersedih dan melepaskan perasaan sedih, moody mereka terhadap saya. i have no comment about this. tidak kurang juga ada sahabat yang mengadu dan meminta kata-kata semangat. saya hanya mampu membantu dengan memberi sedikit kata-kata yang sesungguhnya merupakan idea yang datang dariNYA. alhamdulillah sekiranya kata-kata tersebut dapat membantu dan memberi kesedaran kepada mereka.

perjalanan kita masih jauh. ada banyak lopak, lubang, halangan dihadapan sana yang tersembunyi dari pandangan mata dan akal fikiran kita. berhati-hati macam mana pun kita, kalau DIA takdirkan kita jatuh tika terpijak, telanggar halangan tersebut, maka jatuhlah kita. sebab itu jangan pernah ragu-ragu dengan ALLAH. kalau kita yakin sepenuhnya dengan ALLAH, insyaAllah, rasa redha itu akan hadir tanpa dipinta. jangan pernah putus asa sebab DIA tak suka hamba-hambaNYA putus asa. biar rebah beribu kali asal jangan pernah timbul rasa putus asa dan meraguiNYA. we will never know what will happen in the future. ingat, hari ini tidak semestinya menjadi penentu dan menjamin hari berikutnya. tetapi kalau kita yakin denganNYa, usaha, dan istiqamah dengan apa yang kita lakukan sekarang, insyaAllah everything just gonna be fine.

semoga dipermudahkan segala urusan. may ALLAH swt bless each of us always. amiin. assalamualaikum.