Monday, May 28, 2012

i realize after i leave it


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. how are you guys? me? alhamdulillah pretty fine just my leg still not 100% okay.  im a bit afraid actually sebab esok dah nak jalan jauh, dengan keadaan kaki yang perlu diberi perhatian yang lebih ni. hope everything just gonna be alright. insyaAllah =')

alright lets go back to the actual reason why im posting this entry. as most of you know, im a kpopers and i can say im such an active kpopers. but for this year im not as active as before. im trying to forget those things and not to be involve. and actually i dont know why, if i know someone in my real life then they said that they like one of my biases, i seriously hate this. because of this sometimes we can fight. but then now i know and realized that tak ada faedah bergaduh tentang sesuatu yang tidak dapat membawa apa-apa kebaikan pun kepada kita di akhirat kelak.

but then alhamdulillah after im not really active with it i feel better. even when people talk about my biases im trying untuk tak masuk campur. dan bila saya berjaya menahan diri saya,  saya rasa something yang saya pun tak tau macam mana nak kata.

saya tak kata yang saya dah 100% tak minat kpop, i still, but saya akan kurangkan. as i said in my other entries, manusia ni lagi benda tuh dilarang, lagho, lagi lah mereka nak dekati benda-benda tu right. dalam sedar ataupun tidak kadang-kadang cara kita meminati seseorang or sesuatu itu seperti kita mengagung-agungkan mereka. mungkin kita kata tidak tetapi hakikatnya ya. renung-renungkan, muhasabah diri kita balik =)

i should go now. so see you guys next time. take care. wassalamualaikum wbt ^_^

Sunday, May 27, 2012

what can i say






Assalamualaikum wbt. alhamdulillah midterm end already but i feel a bit regret. erm its okay, benda dah lepas jangan dikenang right. yang penting next time boleh buat lebih baik and didnt repeat the same mistake. actually i wanna story about something but then i forgot the title. and even cant find the tweet. allahurabbi. so, i end up to story about something else.

selama lima bulan lebih ni macam-macam jadi. lepas satu pergi dua datang lepas dua pergi empat datang. tapi saya percaya ada hikmahnya di atas setiap yang berlaku ni. ALLAH tak akan beri kita ujian yang kita tak mampu nak pikul right. percayalah bahawa setiap ujian yang datang itu ada sebabnya yang tertentu. mungkin untuk membuka mata membuka minda dan membuka hati kita ini, supaya dapat melihat dan berfikir tentang kekuasaan ALLAH. mungkin juga untuk melatih diri kita untuk menjadi lebih tabah lebih kuat. dan mungkin juga ALLAH terlalu merindui kita yang semakin menjauh daripadaNYA.

apabila datangnya ujian kepada kita, ada manusia yang mengeluh dan ada juga manusia yang tak henti2 mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. bersyukurlah dengan segala apa yang dikurniakan olehNYA untuk kita. sekurang-kurangnya kita tahu bahawa ALLAH sangat sayangkan kita. ya betul, saya tak nafikan that sometimes kita rasa kita lemah, kita tak mampu nak hadapi ujian itu, tak mampu nak meneruskan langkah, tetapi bersabarlah, berdoalah kepadaNYA, ujian itu kan datangnya daripada ALLAH, jadi mohonlah padaNYA agar diri kita ini dikurniakan kekuatan untuk menempuhi dugaan tersebut.

jangan pernah rasa diri kita ini lemah apabila kita ditimpa banyak musibah sebaliknya bersabar dan teruskan yakin dengan setiap apa yang dirangcang olehNYA untuk kita. dan jangan pernah rasa keseorangan di saat kita berada dalam kesusahan. biarpun tiada manusia di sisi kita ketika kita memerlukan seseorang untuk memberi sokongan kepada kita, ingatlah bahawa kita ada ALLAH. percayalah bahawa DIA sentiasa dan selamanya ada untuk kita. jadi mengadulah padaNYA dan mintalah pertolonganNYA.

wahai saudara-saudaraku, bersangka baiklah terhadap ALLAH, teruskan percaya dan yakin denganNYA, jangan pernah meraguiNYA, kerana sesungguhnya tiada yang dusta pada janji-janji ALLAH swt.

thanks for reading. may Allah swt bless each of us always, amin. wassalamualaikum wbt =D

Saturday, May 05, 2012

what a day =')



Assalamualaikum wbt.. bismillahirrahmanirrahim.. wuuuuuu midterm dah dekat dah.. esok, lusa, tulat. yup! tulat dah start exam. and saya baru study dua subject je!! urgh what a nice thing to say. macam nih nak stress laaa. eh cannot meyh. awak belajar kerana siapa? nak exam kerana siapa? yeah kerana ALLAH swt. jadi janganlah sampai stress. tenangkan diri.. dont push yourself too much. berdoa minta padaNYA, insyaAllah DIA akan bantu kita. teruskan sentiasa percaya dan yakin denganNYA :')

alright sebenarnya saya nak cerita pasal semalam. yup semalam, hari Jumaat. semalam semuanya macam serba tak kena, bangun lambat, pergi sekolah lambat, sampai sekolah lambat, tudung tak betul.. thats why duduk sampai 10minit dekat dalam tandas pagi tuh semata-mata nak betulkan tudung. ahha then perhimpunan, Allah time semalam jugak lah ramai cikgu nak naik pentas berucap -_-" cikgu tau tak saya nak bedah tikus nih!!

lepas perhimpunan habis saya cepat-cepat amik beg and naik kelas. then sampai tingkat dua nampak acha. acha kata terus pergi makmal. so then saya tunggulah atin and ina naik sebab saya tak tau apa-apa. ye larh on thursday kan saya tak datang sekolah. then nampak ina, ina kata masuk kelas, so kitorang pun pi lah naik tingkat tiga. sampai je tingkat tiga tuh dah nampak dah budak-budak 5ma'wa dekat luar kelas. bila makin dekat saya makin pelik. ada je amirul fikri and razak, tapi kenapa tak bukak kelas? okeyh fine diorang tak bawak kunci for mangga..

then amar or fazrul cakap "eh filzah ko erk yang pegang kunci, aish penat aku tunggu bla.bla.bla".. saya rasa setiap kali diorang ada depan pintu mesti diorang cakap benda yang sama. saya hanya mampu senyum. so then saya masuk terus bukak pintu belakang. then *ppaannng* aaaahhh sorry pajah. terus saya usap-usap lengan dia and peluk dia. hehe tak sengaja okeyh. then bla.bla.bla.. time saya tengah berdiri dekat tempat saya tiba-tiba ada orang cakap dengan nada yang agak kuat "weyh filzah faiqah!!", rupa-rupanya eday yang panggil, time tuh dia duduk dekat tempat afiq azizi. so then saya pandang lah dia dengan muka penuh tanda tanya. then dia cakap "kenapa ko tak datang semalam? ko tau cikgu marah bla.bla.bla". seriously dia cakap dengan penuh bersemangat plus with muka yang agak serious. but saya tetap tak dapat tahan senyum and ketawa. hard to believe you kawan. =D

then kitorang semua pi makmal biology. for what? bedah tikus!!! weyh masuk-masuk je makmal, bau dia, fuuuhhhh bau hancing+bangkai.. cepat-cepat suruh siapa yang duduk dekat dengan tingkap bukak semua tingkap yang ada dekat makmal. then bedah tikus semua. sangat best!! kelas 5ma'wa ada empat kumpulan. dua laki dua perempuan. yang lawaknya time tikus kumpulan razak bangun. comel je time dia bangun tuh. then ayat syahir buat saya tak henti ketawa "teacher, tikusnya terkencing-kencing ni".. btw , time dalam makmal kot amirul fikri bagi tau yang kelas pqs dibatalkan. weyh agak bengang lah kan.. a bit menyusahkan orang also.. huhu

then time bm ramai pulak yang tumbang. selalunya time bm memang ada je yang tumbang tapi takde lah ramai sangat. if tak silap acha kot yang cakap semua mengantuk sebab terhidu banyak chloroform time bedak tikus tadi. LoL. time balik saya and atin takde lah rush sangat sebab atin takde tusyen add maths. sampai je dekat bus stop ina panggil atin, tanya nak naik van ke tak. uncle tuh offer naik ramai-ramai sampai mydin, satu kepala 80sen. then kitorang naik lah sebelas orang. depan kosong. ajak razak and ojen naik tapi diorang tak nak. razak kata sebab semua perempuan. dah tak nak tak boleh nak paksa la kan..

time dalam van tuh asyik ketawa je. hasiqin beria-ia borak dengan uncle tuh. btw, uncle tuh hantar kitorang sampai cp. baik kan uncle tuh. hehe. uncle tuh cakap kalau budak kisas and sekolah cina, dia amik satu kepala RM1. bak kata hasiqin kitorang ni special laaa.. then kitorang suruh uncle tuh amik setiap hari jumaat. yang bestnye kitorang cakap amik kitorang je time hari jumaat tuh. haha. alhamdulillah, sekurang-kurangnya takde lah bersesak-sesak dekat bus stop and dalam bus. :')

**just realized that time bedah katak and tikus saya yang amik katak+tikus from balang/bekas/whatever you call it, for my group. bezanya cuma time amik katak without glove, while time amik tikus with glove. =')

thank you for reading. may Allah swt bless each of us always, amin. wassalamualaikum. =D

Friday, May 04, 2012

ukhuwah and notes





Assalamualaikum wbt.. bismillahirrahmanirrahim.. i wanna talk about notes.. for sure saya tak ingat macam mana saya boleh terfikir untuk suruh kawan-kawan saya tulis notes for me. mungkin sebab saya rasa a bit down and sedih plus kurang bersemangat. thats why kot saya suruh mereka tulis kata-kata nasihat, peringatan and semangat untuk saya. mengikut perancangan awal saya nak tampal notes tuh dalam bilik but then saya rasa sayang nak lekatkan kertas-kertas tuh. so saya end up suruh ibu belikan lapik meja and saya letak lah those notes dekat atas meja belajar.

everyday saya tengok and baca those notes, for sure saya tak nangis like the first time when saya baca tulisan tangan sahabat-sahabat saya. notes from mereka amatlah meruntum jiwa saya yang sensitive ini. tapi, notes yang paling menyentuh haruslah notes from massitah. dia bagi saya on last friday and saya tergerak untuk baca notes tuh right after she gave it to me.wuuuuu kan filzah faiqah dah hujan tak henti.. thanks to atinku and niaku sebab tenangkan saya at that time after kak mass dah turun :')

notes from budak kelas fir pulak saya baca on last Wednesday time dekat dalam dewan. owh yeah alhamdulillah dapat tahan diri ini daripada menitiskan air mata. btw, still got few people yang saya tak bagi lagi kertas untuk tulis notes. tak sempat. insyaAllah next Monday. sayang mereka semua kerana Allah. ukhuwah fillah abadan abadaa till jannah, amin, insyaAllah.=')


thanks for reading. wassalamualaikum wbt. take care and may Allah swt bless us always, amin..