Wednesday, January 09, 2013

satu tiga...

Assalamualaikum wbt...

keypad handphone nokia 3110 ditekan. sekilas pandang. oowwhh pukul 6pm. jam di dinding ditenung, atas, bawah. dua-dua sudah tidak bernyawa, entah bila nak diganti bateri baru. eh! jam di atas, jarumnya, tegar menghitung saat, pelik, tiba-tiba bernyawa. hurm. kuasa DIA, segalanya mungkin kan.

kosong. kiri kanan dipandang ditenung dengan minda yang kosong. mungkin terlalu asyik memikirkan itu ini beberapa hari yang lalu sehingga tidak tahu apa yang hendak dirunsingkan. spm, sudah. result? ya, kadang gelisah memikirkan sampai termimpi-mimpi. apakah mimpi itu juga satu petunjuk? entah, aku tidak punya jawapan. tetapi dulu, ya dulu, ketika zaman pmr, aku mimpi, dan mimpi itu memang petunjuk dari DIA. allahu. kuasa DIA. aku hamba DIA yang lemah je.

seketika waktu berlalu, jari jemari kaku untuk menekan. menerawang. menjelajah entah ke mana. arah tidak diketahui. kabur. sekilas jam dipandang, 6.35pm. ahh, entah apa yang aku merapu di blog ini. lama tidak ber-update. idea berlari pergi mengikut angin yang singgah. beginilah jadinya. gaya orang yang menyimpan impian untuk berkarya. layak dimasukkan ke dalam tong sampah mungkin. editor boleh jadi gila mengedit karya aku. ah, kenapa aku perlu kisah benda ini.

6.51pm. aku tak tau apa yang aku terjah sehingga begini lama aku menaip, sedangkan tiada inti pun cerita ini.   lepasan spm. penganggur terhormat. ye. aku juga termasuk dalam kategori itu, tapi tidak sekarang. lima hari bekerja, aku belajar banyak benda. dan buat aku lebih berdikari. aku cuba untuk tidak terlalu bergantung pada orang lain. tapi aku tak berjaya. takpelah. aku cuba dan akan terus cuba. aku boleh! kalau DIA izinkan. cantik perancangan DIA. kerja, boss, ye aku bersyukur, DIA pilih aku untuk bantu mereka dan DIA pilih mereka berdua, boss aku, untuk bagi aku kerja. selama enam hari aku kenal mereka, terlalu banyak yang aku dapat. allahuakbar! gaji? alhamdulillah, aku rasa itu lebih dari cukup.

hurm. kesesakan di minda buat aku teringat kejadian nak beli number pin upu. entah bila aku nak isi borang tuh. aku belum cukup bersedia. bila tiba masanya aku akan isi juga.. allah. entah kenapa aku rasa entry ni serabut sangat macam dalam kepala. tapi hati aku rasa tenang membuatkan aku tidak mahu kisah tentang semua itu.

tapi, ketenangan itu tak sama dengan ketenangan yang aku rindui. ye. rasa itu hanya hadir bila aku cuba menghampiri DIA dan bila aku semakin ingin dekat dengan DIA. aku rindu masa untuk berdua dengan DIA pada waktu semua orang meneraju entah kemana dibuai mimpi yang pelbagai. berminggu aku stop. aku nak mula balik. aku mesti mula balik. aku rasa lain bila tinggal. aku cuba istiqamah. tak. aku kena usaha untuk istiqamah... semoga DIA permudahkan..

**bila berkarya, bercerita seperti bermonolog, kata ganti nama 'aku' lebih selesa. =').. assalamualaikum wbt..