Saturday, March 23, 2013

the day : keep redha and believe


bismillahirrahmanirrahim. first of all. saya juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari perasaan gembira, sedih, kecewa, bersalah, etc. alright. siapa tak nak result cemerlang. mestilah nak. nak buat mak ayah keluarga cikgu gembira kan. ye tahu. tapi kalau semua dapat A+ siapa nak dapat the rest gred kan. hee.

once i get to know my result i feel sad. but i dont really understand that type of sadness. still holding back my tears. honestly i shed tears once i see my mum face when im about to tell her my result, after i reached into my room, and 3 times between zohor to asar. alhamdulillah after asar saya dah okay. dah tak rasa nak nangis. dah raih balik kekuatan, sedikit demi sedikit.

masa saya tengah down, baru lepas nangis, semua sibuk tanya result, call masuk la. sungguh tak ada hati nak menjawab. maaf. tapi bila sahabat-sahabat text kata down, minta kata-kata semangat, meluahkan rasa sedih, sungguh, seperti ada kekuatan luar biasa yang DIA bagi. dengan tenang saya membalas. allahuakbar. semoga kata-kata yang DIA hadirkan itu dapat mengubati sedikit kekecewaan sahabat-sahabat saya dan menaikkan semangat mereka.

tapi, ada masa DIA uji saya. tiba-tiba rasa sedih balik whenever others sebut pasal result. rasa bersalah tu datang menggunung tinggi. allah. berat. tapi. alhamdulillah, saya ada DIA. saya ada sahabat-sahabat yang sangat prihatin dan mengambil berat. sayang mereka fillah. semalam, lepas baca blog firzana, entah kenapa air mata mengalir. rasa bersalah tu datang balik. saya tak dapat nak score 8A macam firzana, buat parents tersenyum. alhamdulillah Allah datangkan seorang sahabat yang dapat membuat saya tersenyum. dia kata kakak dia dulu sama macam saya tapi bila masuk U dia score. masa tu memang terus macam, 'filzah faiqah! kau lupa ke Allah tu ada. kalau kau bersungguh-sungguh in shaa Allah DIA permudahkan'. alhamdulillah senyuman mula terukir.

one thing that i really proud of myself, alhamdulillah saya berjaya belajar untuk redha dan menerima dengan penuh lapang. dan. alhamdulillah tidak terucap di bibir mahupun terdetik di hati those kalau-kalau term. 'kalaulah aku...' 'kalau dulu..'.. alhamdulillah.. moga sahabat-sahabat saya juga begitu hendaknya, in shaa Allah.

result cemerlang atau kurang cemerlang, we deserved ucapan tahniah. sebab kita dah berusaha. yang membezakan sikit atau banyak usaha yang kita beri. tolong, jangan biar diri kita down. memang sedih kalau result kurang baik, tapi, tolong, lepaskan rasa sedih dan kecewa tuh. jangan pendam jangan simpan lama-lama. terus bangkit! move on and continue your journey. bila nak down je, ingat, kita sentiasa dan selamanya ada Allah. semua terjadi dengan izin Allah. result macam mana pun, in shaa Allah ada rezeki kita. mungkin kita tak tau, tak nampak, tak sedar dekat mana je.

kadang, kita terlalu mengikut minat sehingga apa yang kita sebenarnya mahir pun kita tak nampak. itu yang bila low bab yang kita minat kita terus down, frust, kecewa, putus asa. tolong buka mata. semua bidang dekat dunia ni kalau kita kejar kerana masa depan yang cerah, duit semata, itu je kita dapat. tapi macam mana redha Allah? keberkatan? tolong perbetulkan niat. mari kita ubah cara pemikiran kita. sentiasalah bersangka baik dengan Allah. kita tahu. mereka tahu. tapi hakikatnya, Allah lebih tahu, Maha Mengetahui.

walau apa pun bidang, jalan yang kita bakal ceburi lepas ni, harap mendapat keredhaan Allah dan dapat menyumbang sesuatu kepada umat islam yang lain. in shaa Allah. allahumma aamiin..

when we did well, lillah, dont ever bother about what others' think, because Allah knows well. may Allah bless you guys always. till then, see you guys in the next entry, in shaa Allah. jaga diri jaga iman. be positive. trust Allah. wassalamualaikum wbt. =')

the real journey has just begun.. be extra strong.. may Allah ease..

the day : keep redha and believe (story)


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus beribadah kepadaNYA. allahuakbar. sebenarnya nak cerita pasal last thursday. yes, on result day. alhamdulillah four days before hari result Allah pinjamkan ketenangan itu. sungguh, tenang. on thursday, once i reached musolla, badan dah rasa seram sejuk. jumpa kawan-kawan semua. happy. disebabkan nak hilangkan rasa seram sejuk tuh saya duduk dengan tenang tanpa terlalu memandang keadaan sekeliling. then sorang, sorang kawan datang tegur. serious rasa terharu ni. rasa dikenali ramai. ahaks.

then went to the canteen, jumpa lagi ramai. mata meliar-liar. cari kak mass. then i saw her. sampai depan mass terus peluk dia kuat-kuat. muka mass nampak risau sangat. bila dah masuk dewan madi ajak duduk depan. rasa nak terkeluar jantung tau. rasa seram lebih duduk depan. after few minutes, i saw ina and tasya at the back. muka tasya jelas sangat dia risau. then ajak madi pindah duduk belakang. baru je duduk got a text from atin. keluar dewan cari atin. jumpa atin. happy! atin pun nampak risau. allahu, masa tu bila tengok sahabat-sahabat saya resah semacam, saya pun start la dup dap dup dap.

so then i sat between mass and atin. aida sebelah mass. line belakang kitorang ada hanis madi tasya ina pinie acha nabila etc. time menunggu dengan penuh debaran tercari-cari firzana tapi tak nampak. sekali she sent a text. tengah nak menaip pandang belakang, yes, straight to her. few minutes after that, they started to announce the results. honestly i feel afraid. tapi saya dah bersedia. started with 7A. one by one. dah habis. saya mula menerima. tapi masih mengharap. 8A. habis. mula redha sepenuhnya. after 10A and 11A, saya tersenyum tanda redha. btw, saya sangat suka moment bila atin aida mass and saya terpandang each other, even tengah resah tahap tera, masih mampu mengukir senyuman penuh makna tersirat.

lepas 7A-11A diumumkan ada taklimat sikit. tapi maaf cikgu tak dapat focus. then luqman text result dia. i mean specific result, congrats to him. proud of him. dah habis taklimat pergi cari teacher sue nak amik result. ye, kelas paling meriah sebab sorang je naik pentas. tak bagitau ibu nak pergi amik result. nampak ibu tercari-cari, tapi takpelah, its better for her tak ikut. teacher panggil nama ikut turutan so that i know the arrangement. after atin, pinie than me. teacher bagi result, teacher terbalikkan slip. thank you for that..  =')

lepas dapat berdiri jauh sikit dari diorang semua. actually not that far. sedepa pun tak sampai. hehe. i opened it slowly. i counted the gred. allah. i tell myself Allah knows best. saya pandang atin, 'atin,,sikit je'.. sounds sad but i dont know what i feel actually. atin was talking to someone so that she asked me to wait for a while. yes, atin was the first person who get to know my result. tak lama tu pergi dekat ibu. nangis. saya dah redha jadi saya tak sedih dengan result tuh, cuma, rasa macam kecewakan ibu. and others yang letak harapan. im sorry. i give my best. i did well. but this is the best from HIM for me.

went home. checked hp. few missedcalls. one from suhana. im sorry dear. when she asked me to call her back, im sorry, i just cant, baru lepas menangis, i need time to calm down. this just because i feel guilty. after zohor, saya dah okay sikit but still not really. shahiza call, i answered. cakap dengan both of them. in the middle of conversation i started to cry but i hope they dont realised about it. shahiza sounds tak percaya when i says what i got.

here and there asking about result. im tired. im sick of those question. i just can give them a smile......

bila saya muhasabah diri.... (continue in another entry).. =')

Saturday, February 16, 2013

supplements for spiritual =')


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dapat jugak conquer keyboard. hehe. alhamdulillah headache gone already so that i can post this entry comfortably. dear my readers yang dirahmati Allah dan disayangi nabi, how are you? sudah agak lama tidak bersua di sini kan. but i guess tak adalah kot yang rindu nak baca post-post saya. haha. actually, now i'm on a long holiday. bestnya!! indeed, ini sangat tak best. duduk dekat rumah je for almost a week. can you feel how bored i am. but then, i keep thinking, there is must be a reason, Allah is the best planner right.

bulan dua ni banyak benda yang jadi secara mengejut. that is way, important for us to use 'in shaa Allah' in our daily life. because, we dont know and cant make sure what will happen later. siapa sangka on last thursday, 7th february, tiba-tiba boss kata cuti sampai last wednesday. and when wednesday has arrived, i excitedly nak pergi kerja on the next day, but then got a call from boss. she says, in shaa Allah sambung cuti sampai end of this month, maybe till 24th february, in shaa Allah. actually if can, i dont want to extend cuti tuh, but yeah, Allah knows best kan. mungkin ada hikmah.

friday, 15th february, at 7.49am my boss make a call, but i went to the toilet at that time. then she sent me a text asking for me to call her back. as i call her, she told me about few things. actually the main point is she want me to teach her how to do loaf by following kak ina's recipe and technique. alhamdulillah tadi cantik loaf nya. taste, i'm not sure. honestly, kalau boleh elak, saya akan elak buat loaf. mostly part bakar. the most important time part nak bukak penutup dia. kalau DIA izinkan, sometimes lawa, sometimes berlubang tengah since dia melekat dekat penutup. hehe

dekat kedai, kalau akak tak pasang ayat-ayat al-quran, dia akan pasang radio, ikim.fm. so tadi dekat kedai dengar ikim.fm. sangat tertarik dengan slotnya. menyentuh tentang remaja. at first cakap pasal betapa makbulnya doa orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan mereka. memang dah biasa dengar dekat sekolah. tapi saya sangat suka bila orang sentuh pasal ni. perasan tak, kadang melalui doa yang dipohon kita boleh nilai seseorang. maksudnya? ada orang dia lebihkan, dahulukan, utamakan doa untuk diri dia dan ahli keluarga terdekat je. tapi ada orang dia lebihkan doa untuk orang lain. cuba check doa kita. and lets make a move.

penceramah tu kata, bila kita doakan saudara kita dalam keadaan mereka tidak tahu, malaikat akan datang dan memohon kepada Allah untuk memakbulkan doa kita. subhanallah. hebat kan. sebab itu dikatakan doa itu senjata orang islam. dan saya suka contoh yang penceramah tu bagi. beliau kata, ada orang buat umrah atau haji, bila doa, dia utamakan doa untuk diri dia dan ahli keluarga terdekat, dan akhirnya barulah, 'ya Allah Engkau perkenankanlah doa mereka semua', usually kan orang nak pergi sana kita kirim doa. mungkin yang perlu dilihat ialah, keutamaan doa kita untuk siapa.

menyentuh isu remaja. actually dia ada buat program untuk remaja. tajuknya saya tak berapa ingat. beliau kata, mungkin ada yang bertanya, mengapa remaja. jadi beliau mengulas lanjut mengapa remaja. alam remaja ialah keadaan dimana manusia mengalami perubahan dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. dan sesungguhnya alam remaja bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. ketika alam remaja kita mengalami perubahan. dari segi emosi, cara pemikiran, sikap, hormon dan sebagainya. sebab itu remaja ini kalau kita lihat, in a second mood dia boleh berubah. kadang-kadang berperangai seperti kanak-kanak, simple said childish. yeah. bila dengar rasa macam dibaling bom bertubi-tubi. memang itu yang saya lalui. dan remaja yang lain juga. this is fact. actually bagus dengar radio, tengok tv yang boleh bagi info, nasihat, etc, sungguh, kadang-kadang rohani kita ketandusan sumber makanan.

by the way, sesungguhnya, bila direnung kebelakang, melihat samar-samar kesan tapak kaki hasil perjalanan yang jauh, subhanallah. merenung jauhnya perjalanan, cepatnya masa berlalu. kadang, dengan begini, kita boleh muhasabah diri. berfikir sejenak, selama kita hidup, apa kita dah buat. biarlah siapa kita dulu, teruk macam mana pun kita dulu, biar ia menjadi kisah yang boleh memberi pengajaran kepada kita. tidak perlu dihebohkan siapa kita dulu jika tiada sebab yang tertentu. kerana mungkin, kadang, ia boleh menjadi salah satu jalan kita membuka 'aib diri kita. siapa kita dulu biar menjadi pengajaran, tetapi siapa kita sekarang, biar ia berterusan, menjadi lebih baik. semoga kita terus istiqamah. at least, cubalah untuk berubah, cubalah untuk menjadi lebih baik, cubalah untuk istiqamah, kerana Allah. meskipun manusia tak nampak kita mencuba, tapi at least biar DIA tahu kita mencuba, dan hanya kerana DIA..

enough for today i guess, semoga memberi sedikit makanan rohani buat yang membaca. semoga berjumpa lagi in the next entry, in shaa Allah. jaga diri jaga iman. till then, assalamualaikum wbt. =')

Wednesday, January 09, 2013

satu tiga...

Assalamualaikum wbt...

keypad handphone nokia 3110 ditekan. sekilas pandang. oowwhh pukul 6pm. jam di dinding ditenung, atas, bawah. dua-dua sudah tidak bernyawa, entah bila nak diganti bateri baru. eh! jam di atas, jarumnya, tegar menghitung saat, pelik, tiba-tiba bernyawa. hurm. kuasa DIA, segalanya mungkin kan.

kosong. kiri kanan dipandang ditenung dengan minda yang kosong. mungkin terlalu asyik memikirkan itu ini beberapa hari yang lalu sehingga tidak tahu apa yang hendak dirunsingkan. spm, sudah. result? ya, kadang gelisah memikirkan sampai termimpi-mimpi. apakah mimpi itu juga satu petunjuk? entah, aku tidak punya jawapan. tetapi dulu, ya dulu, ketika zaman pmr, aku mimpi, dan mimpi itu memang petunjuk dari DIA. allahu. kuasa DIA. aku hamba DIA yang lemah je.

seketika waktu berlalu, jari jemari kaku untuk menekan. menerawang. menjelajah entah ke mana. arah tidak diketahui. kabur. sekilas jam dipandang, 6.35pm. ahh, entah apa yang aku merapu di blog ini. lama tidak ber-update. idea berlari pergi mengikut angin yang singgah. beginilah jadinya. gaya orang yang menyimpan impian untuk berkarya. layak dimasukkan ke dalam tong sampah mungkin. editor boleh jadi gila mengedit karya aku. ah, kenapa aku perlu kisah benda ini.

6.51pm. aku tak tau apa yang aku terjah sehingga begini lama aku menaip, sedangkan tiada inti pun cerita ini.   lepasan spm. penganggur terhormat. ye. aku juga termasuk dalam kategori itu, tapi tidak sekarang. lima hari bekerja, aku belajar banyak benda. dan buat aku lebih berdikari. aku cuba untuk tidak terlalu bergantung pada orang lain. tapi aku tak berjaya. takpelah. aku cuba dan akan terus cuba. aku boleh! kalau DIA izinkan. cantik perancangan DIA. kerja, boss, ye aku bersyukur, DIA pilih aku untuk bantu mereka dan DIA pilih mereka berdua, boss aku, untuk bagi aku kerja. selama enam hari aku kenal mereka, terlalu banyak yang aku dapat. allahuakbar! gaji? alhamdulillah, aku rasa itu lebih dari cukup.

hurm. kesesakan di minda buat aku teringat kejadian nak beli number pin upu. entah bila aku nak isi borang tuh. aku belum cukup bersedia. bila tiba masanya aku akan isi juga.. allah. entah kenapa aku rasa entry ni serabut sangat macam dalam kepala. tapi hati aku rasa tenang membuatkan aku tidak mahu kisah tentang semua itu.

tapi, ketenangan itu tak sama dengan ketenangan yang aku rindui. ye. rasa itu hanya hadir bila aku cuba menghampiri DIA dan bila aku semakin ingin dekat dengan DIA. aku rindu masa untuk berdua dengan DIA pada waktu semua orang meneraju entah kemana dibuai mimpi yang pelbagai. berminggu aku stop. aku nak mula balik. aku mesti mula balik. aku rasa lain bila tinggal. aku cuba istiqamah. tak. aku kena usaha untuk istiqamah... semoga DIA permudahkan..

**bila berkarya, bercerita seperti bermonolog, kata ganti nama 'aku' lebih selesa. =').. assalamualaikum wbt..