Saturday, February 16, 2013

supplements for spiritual =')


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dapat jugak conquer keyboard. hehe. alhamdulillah headache gone already so that i can post this entry comfortably. dear my readers yang dirahmati Allah dan disayangi nabi, how are you? sudah agak lama tidak bersua di sini kan. but i guess tak adalah kot yang rindu nak baca post-post saya. haha. actually, now i'm on a long holiday. bestnya!! indeed, ini sangat tak best. duduk dekat rumah je for almost a week. can you feel how bored i am. but then, i keep thinking, there is must be a reason, Allah is the best planner right.

bulan dua ni banyak benda yang jadi secara mengejut. that is way, important for us to use 'in shaa Allah' in our daily life. because, we dont know and cant make sure what will happen later. siapa sangka on last thursday, 7th february, tiba-tiba boss kata cuti sampai last wednesday. and when wednesday has arrived, i excitedly nak pergi kerja on the next day, but then got a call from boss. she says, in shaa Allah sambung cuti sampai end of this month, maybe till 24th february, in shaa Allah. actually if can, i dont want to extend cuti tuh, but yeah, Allah knows best kan. mungkin ada hikmah.

friday, 15th february, at 7.49am my boss make a call, but i went to the toilet at that time. then she sent me a text asking for me to call her back. as i call her, she told me about few things. actually the main point is she want me to teach her how to do loaf by following kak ina's recipe and technique. alhamdulillah tadi cantik loaf nya. taste, i'm not sure. honestly, kalau boleh elak, saya akan elak buat loaf. mostly part bakar. the most important time part nak bukak penutup dia. kalau DIA izinkan, sometimes lawa, sometimes berlubang tengah since dia melekat dekat penutup. hehe

dekat kedai, kalau akak tak pasang ayat-ayat al-quran, dia akan pasang radio, ikim.fm. so tadi dekat kedai dengar ikim.fm. sangat tertarik dengan slotnya. menyentuh tentang remaja. at first cakap pasal betapa makbulnya doa orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan mereka. memang dah biasa dengar dekat sekolah. tapi saya sangat suka bila orang sentuh pasal ni. perasan tak, kadang melalui doa yang dipohon kita boleh nilai seseorang. maksudnya? ada orang dia lebihkan, dahulukan, utamakan doa untuk diri dia dan ahli keluarga terdekat je. tapi ada orang dia lebihkan doa untuk orang lain. cuba check doa kita. and lets make a move.

penceramah tu kata, bila kita doakan saudara kita dalam keadaan mereka tidak tahu, malaikat akan datang dan memohon kepada Allah untuk memakbulkan doa kita. subhanallah. hebat kan. sebab itu dikatakan doa itu senjata orang islam. dan saya suka contoh yang penceramah tu bagi. beliau kata, ada orang buat umrah atau haji, bila doa, dia utamakan doa untuk diri dia dan ahli keluarga terdekat, dan akhirnya barulah, 'ya Allah Engkau perkenankanlah doa mereka semua', usually kan orang nak pergi sana kita kirim doa. mungkin yang perlu dilihat ialah, keutamaan doa kita untuk siapa.

menyentuh isu remaja. actually dia ada buat program untuk remaja. tajuknya saya tak berapa ingat. beliau kata, mungkin ada yang bertanya, mengapa remaja. jadi beliau mengulas lanjut mengapa remaja. alam remaja ialah keadaan dimana manusia mengalami perubahan dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. dan sesungguhnya alam remaja bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. ketika alam remaja kita mengalami perubahan. dari segi emosi, cara pemikiran, sikap, hormon dan sebagainya. sebab itu remaja ini kalau kita lihat, in a second mood dia boleh berubah. kadang-kadang berperangai seperti kanak-kanak, simple said childish. yeah. bila dengar rasa macam dibaling bom bertubi-tubi. memang itu yang saya lalui. dan remaja yang lain juga. this is fact. actually bagus dengar radio, tengok tv yang boleh bagi info, nasihat, etc, sungguh, kadang-kadang rohani kita ketandusan sumber makanan.

by the way, sesungguhnya, bila direnung kebelakang, melihat samar-samar kesan tapak kaki hasil perjalanan yang jauh, subhanallah. merenung jauhnya perjalanan, cepatnya masa berlalu. kadang, dengan begini, kita boleh muhasabah diri. berfikir sejenak, selama kita hidup, apa kita dah buat. biarlah siapa kita dulu, teruk macam mana pun kita dulu, biar ia menjadi kisah yang boleh memberi pengajaran kepada kita. tidak perlu dihebohkan siapa kita dulu jika tiada sebab yang tertentu. kerana mungkin, kadang, ia boleh menjadi salah satu jalan kita membuka 'aib diri kita. siapa kita dulu biar menjadi pengajaran, tetapi siapa kita sekarang, biar ia berterusan, menjadi lebih baik. semoga kita terus istiqamah. at least, cubalah untuk berubah, cubalah untuk menjadi lebih baik, cubalah untuk istiqamah, kerana Allah. meskipun manusia tak nampak kita mencuba, tapi at least biar DIA tahu kita mencuba, dan hanya kerana DIA..

enough for today i guess, semoga memberi sedikit makanan rohani buat yang membaca. semoga berjumpa lagi in the next entry, in shaa Allah. jaga diri jaga iman. till then, assalamualaikum wbt. =')

No comments:

Post a Comment