Wednesday, December 12, 2012

perancangan DIA =')



Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. how are you my dearest readers? may ALLAH bless each of us always, aamiin. selalu kan kita alami satu situasi yang sama. situasi apa? hurm agak-agak? situasi yang saya maksudkan ialah apabila benda yang kita nak, orang lain dapat. benda yang kita kalau boleh memang tak nak, kita dapat. benda yang kita plan tak menjadi, ataupun jadi sebaliknya. ditimpa sesuatu ujian. dan yang lebih kurang macam tu lah. pernah tak kita fikir, kenapa jadi macam tuh? apa hikmahnya? atau kita sekadar mengeluh? menyalahkan takdir?. hah baik kita re-check balik diri kita ni.

ada orang bila terjadinya situasi seperti yang saya sebut dekat atas dia react macam ni, 'ya Allah, kenapa mesti aku, kenapa tak orang lain', 'ya Allah, aku tak kuat nak hadapi semua ni', 'what the, apalah semua tak menjadi', etc. tetapi ada juga yang react,  'ya Allah, aku yakin Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku', 'mungkin DIA ada sesuatu yang lebih baik untuk saya dihadapan sana', 'mungkin ada hikmahnya'. hurm awak semua macam mana pula ye? its okay, tanya diri masing-masing dan simpan jawapannya ye.

ramai yang hanya sedar tentang hikmah sesuatu kejadian itu selepas mereka mengalaminya kan. 'kalau aku tak pindah dulu mesti aku hanyut sama macam gang aku dulu'. 'alhamdulillah ada hikmahnya aku tak pindah'. nasihat saya buat diri saya dan awak semua yang sering terleka ni, sentiasalah yakin dengan DIA. once a thing happen, before you go through it, percayalah, pasti ada hikmahnya DIA aturkan setiap sesuatu itu. trust HIM, everything just gonna be fine, if HE wills. 

plus, elakkan lah diri daripada berkata 'ya Allah, aku tak kuat', 'ya Allah beratnya ujian ini'. kenapa perlu berkata begitu? Allah tak akan uji kita melebihi kemampuan kita. last but not least, perancangan kita mungkin menjadi, mungkin tidak, hanya dengan izinNYA. tetapi perancangan DIA, pasti! pasti menjadi. pasti ada hikmah. jangan pernah rasa terbeban dengan sesuatu ujian itu, ALLAH kan ada!!!

thats all. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini. see you guys next time, if HE wills. take care. assalamualaikum wbt. =')

Monday, December 10, 2012

the next station


Assalamualaikum wbt.. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. alhamdulillah. dan alhamdulillah. alhamdulillah spm is officially over on last wednesday and thursday for my school. what i feel? hurm something that i never feel before. totally different with what i felt after i finished my past big examinations. owh ya, sebelum saya menaip untuk new entry ni, saya stalk past entries and i realised something funny. i keep talking about result, exam and what i have been through for the past few months. aish also can meyh. and yeah, saya padam lagi 30++ entries. hehe.

sepanjang spm saya duduk hostel. ye, rasa bersyukur sangat saya buat keputusan nak duduk hostel even pada awalnya agak berat disebabkan bayarannya. tapi, alhamdulillah DIA izinkan saya buat keputusan untuk duduk hostel. banyak yang saya dapat even dalam masa sebulan ni. bila gap semua sibuk nak balik rumah, tapi saya semangat nak balik time first week je. lepas tuh rasa nak duduk je dekat hostel. dalam masa sebulan kami jadi rapat. dalam masa sebulan kami lebih mengenali antara satu sama lain. dalam masa sebulan kami berkongsi kesedihan, kegembiraan dan ke-stress-an. macam-macam lah jadi. dan semuanya terjadi kerana DIA.

sepanjang dekat hostel saya stay dorm C12 with nine friends, fatin aqilah, massitah, nadiyah, fnn, salo, fazira, naily, fatin najihah and fatin aina. kadang ada yang tidur dorm kami mengisi ruang-ruang kosong yang ada bila ada di antara kami yang balik rumah. sangat rindu nak kacau diorang, nak tidur ramai-ramai, tengok tilam tersusun dekat tengah, belajar dengan pelbagai gaya, stress bila ada yang terjerit-jerit dekat hostel, semua sibuk nak main game and dengar lagu, basuh baju sama-sama, makan dekat dm sama-sama, makan nasi lemak coolblog cheesetart cream puff buah and etc dalam dorm, semua nak buat air panas, semua nak charge handphone, tengok bola sama-sama, tengok drama sama-sama and banyak lagi. semuanya tersimpan menjadi kenangan indah. tapi, paling rindu nak solat berjema'ah and baca yasin ramai-ramai dekat musolla, and baca doa dhuha ramai-ramai dekat kantin.. sobs sobs.

rindu juga nak buka pintu kelas. rindu nak countdown spm dekat whiteboard kelas, kalau saya tak datang angkanya tidak berganjak. rindu nak jadi pelarian macam awal tahun. rindu nak dengar riuh-rendah mereka dalam kelas. rindu nak nyanyi 'ALLAH selamatkan kamu' ramai-ramai. dan banyak lagi. allahurabbi rindunya.

tidak mengapalah duhai diri, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya kan. if HE wills kami pasti akan bertemu kembali. kalau tidak di dunia ini, mungkin dia negeri abadi kelak. siapa tahu, mungkin kita berjiran di sana nanti. allahumma aamiin. dah habis zaman sekolah kena pandai jaga diri. dulu dekat sekolah masih ada yang tegur, perbetulkan kita. dah habis sekolah ni kena pandai berdikari, pandai bawa diri. harap tidak terus terpesong andai langkah tersilap diatur. semoga kita sentiasa mempunyai rasa ingin dekat dan semakin dekat denganNYA. dan semoga kita terus istiqamah dalam perjalanan memperbaiki diri untuk menjadi hambaNYA yang lebih baik dan lebih baik.

jaga diri jaga iman wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNYA. sesungguhnya hadir rasa kasih di hati ini kerana kasihNYA, semoga kasih antara kita terus terpaut keranaNYA. sayang awak semua kerana DIA. kenang insan bernama filzah faiqah dalam doa kalian. kalau rindu jangan lupa doakan saya. kalau yang dah tak sabar nak kahwin tu jangan lupa jemput saya ye.

spm dah habis, result belum keluar. semoga kita dikurniakan keputusan yang cemerlang yang menjadi wasilah mendekatkan lagi diri kita dengan DIA. allahumma aamiin. yang bakal sambung stam tahun depan, best of luck awak semua. yang bakal join plkn, selamat memantapkan lagi keyakinan, sahsiah dan stamina diri. yang bakal bekerja, kerja baik-baik ye sahabat-sahabat yang dikasihi. jika DIA izinkan, see each of you di IPT my dearest friends. =')

last but not least, terima kasih dan maaf untuk segalanya. halalkan segala ilmu, makanan, minuman, alat tulis, kertas dan sebagainya. halalkan segalanya ye.

thats all for this entry, see you guys later in the next entry, if HE wills. take care. assalamualaikum wbt.