Saturday, August 28, 2010

salam peringatan....

Assalamualaikum wbt.


ye..sy admit..saya rindukan mereka berdua..mereka kawan saya..teman seperjuangan saya..tapi mereka xsempat nak berjuang bersama-sama saya and kwn2 yang lain..mereka xsempat nak memakai baju perang pon...mereka telah pergi meninggalkan saya....saya redha dengan ketentuan ILAHI......

ayap....i'm truly miss you....da hampir 9bulan lebih ayap pergi....kita sedih bukan kerana ALLAH mengambilmu awal..tapi kerana tidak diberi kesempatan terakhir cakap dgn ayap...untuk terakhir kalinya jumpa ayap time raya...time ayap tgh tidur..ayap nampak lemah sangat....
sobs..sobs.....(nak stop kat sini..xdpt tahan..)

al-fatihah buat arwah zahasyraf dan arwah yana....

Saturday, August 14, 2010

cerita dari hati

pagi
disinari mentari pagi
siang
disinari terik mentari
kadangkala
dilimpahi hujan yang disertai guruh
malam
ditemani sang bulan dan bintang
yang kadangkala kelihatan
dan kadangkala tidak
dek kerana awan ingin meluahkan isi hati

kawan
adakalanya dia marah
adakalanya dia menangis
adakalanya dia ketawa
adakalanya dia menjadi pendiam
adakalanya dia menjadi bising
adakalanya dia menjadi serius
adakalanya dia sentiasa ada di sisi
adakalanya dia jauh melarikan diri

kawan
mengapa kita perlu bertemu?
andai akan berpisah
mengapa kita perlu berbaik-baik?
sedangkan akhirnya kita akan bergaduh
mengapa kita perlu menyemai rasa kasih dan sayang?
andai perasaan itu akan semakin pudar
dek angin kencang yang melanda

itulah takdir ALLAH s.w.t
kita hanya mampu merancang
hanya DIA yang menentukannya..

kawan
andai takdir memisahkan kita
janganlah engkau melupakan diriku
yang serba kekurangan ini

kawan
andai engkau berjaya
janganlah engkau bermegah
mungkin engkau akan berada di atas
tetapi tidak mustahil engkau akan jatuh ke bawah

kawan
andai engkau gagal
janganlah engkau terlalu merendah diri
kerana tidak selamanya engkau menjadi
orang yang gagal,orang yang sentiasa ditindas

kawan
janganlah engkau jemu menyembah yang maha ESA
janganlah engkau jemu meminta pertolongan daripada Nya
janganlah engkau jemu mengucap syukur kepada Nya
janganlah engkau jemu untuk menyebut nama Nya
janganlah engkau jemu mencintai diri Nya

sesungguhnya DIAlah yang maha Berkuasa di atas segala-galanya


sincerely: filzah faiqah