Sunday, May 27, 2012

what can i say






Assalamualaikum wbt. alhamdulillah midterm end already but i feel a bit regret. erm its okay, benda dah lepas jangan dikenang right. yang penting next time boleh buat lebih baik and didnt repeat the same mistake. actually i wanna story about something but then i forgot the title. and even cant find the tweet. allahurabbi. so, i end up to story about something else.

selama lima bulan lebih ni macam-macam jadi. lepas satu pergi dua datang lepas dua pergi empat datang. tapi saya percaya ada hikmahnya di atas setiap yang berlaku ni. ALLAH tak akan beri kita ujian yang kita tak mampu nak pikul right. percayalah bahawa setiap ujian yang datang itu ada sebabnya yang tertentu. mungkin untuk membuka mata membuka minda dan membuka hati kita ini, supaya dapat melihat dan berfikir tentang kekuasaan ALLAH. mungkin juga untuk melatih diri kita untuk menjadi lebih tabah lebih kuat. dan mungkin juga ALLAH terlalu merindui kita yang semakin menjauh daripadaNYA.

apabila datangnya ujian kepada kita, ada manusia yang mengeluh dan ada juga manusia yang tak henti2 mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. bersyukurlah dengan segala apa yang dikurniakan olehNYA untuk kita. sekurang-kurangnya kita tahu bahawa ALLAH sangat sayangkan kita. ya betul, saya tak nafikan that sometimes kita rasa kita lemah, kita tak mampu nak hadapi ujian itu, tak mampu nak meneruskan langkah, tetapi bersabarlah, berdoalah kepadaNYA, ujian itu kan datangnya daripada ALLAH, jadi mohonlah padaNYA agar diri kita ini dikurniakan kekuatan untuk menempuhi dugaan tersebut.

jangan pernah rasa diri kita ini lemah apabila kita ditimpa banyak musibah sebaliknya bersabar dan teruskan yakin dengan setiap apa yang dirangcang olehNYA untuk kita. dan jangan pernah rasa keseorangan di saat kita berada dalam kesusahan. biarpun tiada manusia di sisi kita ketika kita memerlukan seseorang untuk memberi sokongan kepada kita, ingatlah bahawa kita ada ALLAH. percayalah bahawa DIA sentiasa dan selamanya ada untuk kita. jadi mengadulah padaNYA dan mintalah pertolonganNYA.

wahai saudara-saudaraku, bersangka baiklah terhadap ALLAH, teruskan percaya dan yakin denganNYA, jangan pernah meraguiNYA, kerana sesungguhnya tiada yang dusta pada janji-janji ALLAH swt.

thanks for reading. may Allah swt bless each of us always, amin. wassalamualaikum wbt =D

No comments:

Post a Comment