Saturday, May 05, 2012

what a day =')



Assalamualaikum wbt.. bismillahirrahmanirrahim.. wuuuuuu midterm dah dekat dah.. esok, lusa, tulat. yup! tulat dah start exam. and saya baru study dua subject je!! urgh what a nice thing to say. macam nih nak stress laaa. eh cannot meyh. awak belajar kerana siapa? nak exam kerana siapa? yeah kerana ALLAH swt. jadi janganlah sampai stress. tenangkan diri.. dont push yourself too much. berdoa minta padaNYA, insyaAllah DIA akan bantu kita. teruskan sentiasa percaya dan yakin denganNYA :')

alright sebenarnya saya nak cerita pasal semalam. yup semalam, hari Jumaat. semalam semuanya macam serba tak kena, bangun lambat, pergi sekolah lambat, sampai sekolah lambat, tudung tak betul.. thats why duduk sampai 10minit dekat dalam tandas pagi tuh semata-mata nak betulkan tudung. ahha then perhimpunan, Allah time semalam jugak lah ramai cikgu nak naik pentas berucap -_-" cikgu tau tak saya nak bedah tikus nih!!

lepas perhimpunan habis saya cepat-cepat amik beg and naik kelas. then sampai tingkat dua nampak acha. acha kata terus pergi makmal. so then saya tunggulah atin and ina naik sebab saya tak tau apa-apa. ye larh on thursday kan saya tak datang sekolah. then nampak ina, ina kata masuk kelas, so kitorang pun pi lah naik tingkat tiga. sampai je tingkat tiga tuh dah nampak dah budak-budak 5ma'wa dekat luar kelas. bila makin dekat saya makin pelik. ada je amirul fikri and razak, tapi kenapa tak bukak kelas? okeyh fine diorang tak bawak kunci for mangga..

then amar or fazrul cakap "eh filzah ko erk yang pegang kunci, aish penat aku tunggu bla.bla.bla".. saya rasa setiap kali diorang ada depan pintu mesti diorang cakap benda yang sama. saya hanya mampu senyum. so then saya masuk terus bukak pintu belakang. then *ppaannng* aaaahhh sorry pajah. terus saya usap-usap lengan dia and peluk dia. hehe tak sengaja okeyh. then bla.bla.bla.. time saya tengah berdiri dekat tempat saya tiba-tiba ada orang cakap dengan nada yang agak kuat "weyh filzah faiqah!!", rupa-rupanya eday yang panggil, time tuh dia duduk dekat tempat afiq azizi. so then saya pandang lah dia dengan muka penuh tanda tanya. then dia cakap "kenapa ko tak datang semalam? ko tau cikgu marah bla.bla.bla". seriously dia cakap dengan penuh bersemangat plus with muka yang agak serious. but saya tetap tak dapat tahan senyum and ketawa. hard to believe you kawan. =D

then kitorang semua pi makmal biology. for what? bedah tikus!!! weyh masuk-masuk je makmal, bau dia, fuuuhhhh bau hancing+bangkai.. cepat-cepat suruh siapa yang duduk dekat dengan tingkap bukak semua tingkap yang ada dekat makmal. then bedah tikus semua. sangat best!! kelas 5ma'wa ada empat kumpulan. dua laki dua perempuan. yang lawaknya time tikus kumpulan razak bangun. comel je time dia bangun tuh. then ayat syahir buat saya tak henti ketawa "teacher, tikusnya terkencing-kencing ni".. btw , time dalam makmal kot amirul fikri bagi tau yang kelas pqs dibatalkan. weyh agak bengang lah kan.. a bit menyusahkan orang also.. huhu

then time bm ramai pulak yang tumbang. selalunya time bm memang ada je yang tumbang tapi takde lah ramai sangat. if tak silap acha kot yang cakap semua mengantuk sebab terhidu banyak chloroform time bedak tikus tadi. LoL. time balik saya and atin takde lah rush sangat sebab atin takde tusyen add maths. sampai je dekat bus stop ina panggil atin, tanya nak naik van ke tak. uncle tuh offer naik ramai-ramai sampai mydin, satu kepala 80sen. then kitorang naik lah sebelas orang. depan kosong. ajak razak and ojen naik tapi diorang tak nak. razak kata sebab semua perempuan. dah tak nak tak boleh nak paksa la kan..

time dalam van tuh asyik ketawa je. hasiqin beria-ia borak dengan uncle tuh. btw, uncle tuh hantar kitorang sampai cp. baik kan uncle tuh. hehe. uncle tuh cakap kalau budak kisas and sekolah cina, dia amik satu kepala RM1. bak kata hasiqin kitorang ni special laaa.. then kitorang suruh uncle tuh amik setiap hari jumaat. yang bestnye kitorang cakap amik kitorang je time hari jumaat tuh. haha. alhamdulillah, sekurang-kurangnya takde lah bersesak-sesak dekat bus stop and dalam bus. :')

**just realized that time bedah katak and tikus saya yang amik katak+tikus from balang/bekas/whatever you call it, for my group. bezanya cuma time amik katak without glove, while time amik tikus with glove. =')

thank you for reading. may Allah swt bless each of us always, amin. wassalamualaikum. =D

No comments:

Post a Comment