Saturday, October 06, 2012

ku percayakanMU


Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. wuuu lamanya tak menaip dekat blog ni. almost three months. actually dari ramadhan sampailah dah habis syawal, rasa nak menaip tuh ada, tapi sayangnya rasa malas yang teramat untuk menggunakan lappy telah membataskan niat untuk menaip new entry dan berkongsi beberapa cerita, kisah, nasihat, kata-kata, etc. hee

alhamdulillah trial spm pun dah selamat dipanggang dan resultnya telah selamat ditanam. hehe. alhamdulillah bersyukur dengan result yang saya terima. tak boleh nak comment and tak puas hati sangat sebab saya rasa itu pun dah lebih dari cukup kalau nak dibandingkan dengan usaha saya. see, betapa pengasih dan penyayangnya DIA. btw, realised that i need to work harder.

for these three months, banyak benda yang berlaku, banyak benda yang saya dapat. alhamdulillah. as you expected, one of them related to result. result apa? for sure result trial. hurm dalam sedar atau tidak, sometimes bila dapat result, berbagai-bagai reaksi yang dapat kita lihat. ada yang tersenyum gembira dan ada juga yang bermuram, sedih kehampaan. allahurabbi. tidak dapat dinafikan. saya juga tidak dapat menahan diri dari tersenyum when i got a great result and shed tears when i received those bad result. but. i feel grateful, sebabnya walaupun tidak terucap di bibir, tetapi dalam segenap ruang hati dan minda tidak henti-henti mengucapkan syukur kehadrat Ilahi.

mungkin result yang teruk itu membuatkan saya rasa down, but alhamdulillah, kerana result yang teruk itulah saya meraih lebih banyak kekuatan. sebab itu saya selalu ingatkan diri saya bahawa ALLAH sayang kita. thats why DIA ttidak akan pernah berhenti uji hamba-hambaNYA. dan ujianNYA itu datang dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari.

mungkin bila kita gembira ada kawan-kawan yang cakap kita berlagak. dan mungkin bila kita bersedih ada kawan-kawan yang menganggap kita terlalu lemah. its okay. setiap orang ada hak untuk memberi pendapat. anggaplah itu semua kata-kata membina. hee.

one day, when i received back my arab paper, i felt really sad that i cant even hold back my tears. i think i really cried lots for this paper than chemistry paper. went back home. then at night i think, a friend text me, "filzah, cuba filzah renung kata-kata ni 'kadangkala ALLAH turunkan hujan dan kilat, puas kita mencari di mana matahari. rupa-rupanya ALLAH nak hadiakan kita pelangi' filzah cuba faham makna tersirat dalam ayat ni". then i replied "ayat yang familiar, selalu dengar, tapi hanya dihayati tika perasaan sedih, kecewa itu mengetuk pintu hati. kadang ALLAH asyik memberi kita kegagalan, kepayahan, untuk kita mengenal erti usaha itu. untuk kita belajar menjadi lebih tabah dan bersedia. sebelum tiba waktu yang sesuai untuk DIA kurniakan kita sebuah kejayaan yang penuh rahsia tersembunyi 1001 kisah disebaliknya"..

sebenarnya saya rasa saya tidaklah terlalu lemah. i mean bila saya rasa sedih saya menangis. but rasa sedih dan down itu tidak berterusan untuk jangka masa yang lama. i just need few times to repair back my heart, self-confidence, etc. insyaAllah after that i will be okay. if HE wills.

disebabkan result trial ni, ada sahabat yang bersedih, tetapi menyembunyikan perasaan mereka, hanya menunjukkan sikap tenang mereka. tetapi, sejujurnya, tanpa mereka sedari, sikap mereka berubah, dan itu sedikit sebanyak merobek hati saya yang rapuh. ada juga sahabat yang bersedih dan melepaskan perasaan sedih, moody mereka terhadap saya. i have no comment about this. tidak kurang juga ada sahabat yang mengadu dan meminta kata-kata semangat. saya hanya mampu membantu dengan memberi sedikit kata-kata yang sesungguhnya merupakan idea yang datang dariNYA. alhamdulillah sekiranya kata-kata tersebut dapat membantu dan memberi kesedaran kepada mereka.

perjalanan kita masih jauh. ada banyak lopak, lubang, halangan dihadapan sana yang tersembunyi dari pandangan mata dan akal fikiran kita. berhati-hati macam mana pun kita, kalau DIA takdirkan kita jatuh tika terpijak, telanggar halangan tersebut, maka jatuhlah kita. sebab itu jangan pernah ragu-ragu dengan ALLAH. kalau kita yakin sepenuhnya dengan ALLAH, insyaAllah, rasa redha itu akan hadir tanpa dipinta. jangan pernah putus asa sebab DIA tak suka hamba-hambaNYA putus asa. biar rebah beribu kali asal jangan pernah timbul rasa putus asa dan meraguiNYA. we will never know what will happen in the future. ingat, hari ini tidak semestinya menjadi penentu dan menjamin hari berikutnya. tetapi kalau kita yakin denganNYa, usaha, dan istiqamah dengan apa yang kita lakukan sekarang, insyaAllah everything just gonna be fine.

semoga dipermudahkan segala urusan. may ALLAH swt bless each of us always. amiin. assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment