Friday, June 22, 2012

ALLAH kan ada =')





Assalamualaikum wbt. bismillahirahhim. how are you guys? semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Ilahi. amin. dan tak lupa juga. apa khabar iman kita pada hari ini? jangan lupa check iman kita setiap masa ye. mungkin ramai orang kata cancer ialah penyakit yang paling bahaya. tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit "kepupusan iman" dalam diri ialah penyakit yang paling bahaya. jadi marilah kita sama-sama jaga iman kita =)

allahurabbi. betapa mudahnya belahan jiwa yang mengatasi yang lain ini menitiskan air mata pada minggu ini. banyak benda yang berlegar-legar di ruang minda. ditambah dengan result exam yang teruk. allah. ye, kadang-kadang saya rasa saya lemah sangat dan tak mampu nak teruskan langkah perjuangan saya. tapi kawan-kawan, saya okay. filzah faiqah tahu ALLAH sedang uji dia. dan dia juga sedar dia kena lebih focus and put more effort than before. kawan-kawan, terima kasih ye sebab non-stop beri kata-kata semangat, kata-kata nasihat, kata-kata yang mengingatkan saya tentang kekuasaanNYA etc. saya sayang awak semua kerana ALLAH swt.

awak semua jangan risaukan saya ye kawan. filzah faiqah kan kuat! kalau sepanjang sebelas tahun ini, sejak dia mengenal erti sebenar dunia, dia tabah menempuhi segala ujian dari ALLAH, mengapa tidak sekarang ini kan. saya tahu, saya ada ALLAH. insyaAllah DIA akan bantu saya untuk harungi liku-liku perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. ujian itukan datangnya dari ALLAH. jadi mohonlah kepadaNYA agar dipermudahkan segalanya. yang penting, teruskan yakin dan percaya kepada ALLAH.

by the way kawan-kawan yang dirahmati ALLAH, dekat dunia ini tiada istilah orang pandai dan orang bodoh. sebenarnya, wujudnya jurang pencapaian dan pengetahuan antara kita semua adalah disebabkan sikap rajin dan malas kita. jadi, hayya kita buang sikap malas kita terhadap benda-benda yang positive. dan perkukuhkan tembok kemalasan kita terhadap benda-benda yang negative, lagho etc. hayya belajar bersungguh-sungguh lillahi ta'ala dan berjaya fid dunia wal akhirat sama-sama. =')

dan sometimes kita dah usaha sehabis daya tetapi kejayaan tetap tidak kunjung tiba. kawan-kawan, awak percayakan ALLAH tak? jika ya, percayalah bahawa sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. yakinlah ALLAH ada sesuatu yang lebih baik buat kita dihadapan sana. mungkin ALLAH tangguhkan kejayaan kita sekarang untuk kejayaan yang lebih besar dihadapan sana, insyaAllah, allahua'lam.

apa-apa pun, jangan pernah lupa untuk mengingatkan diri kita bahawa sesungguhnya segalanya datang dari ALLAH, milik ALLAH, tiada satu pun milik kita termasuklah diri kita sendiri. oleh sebab itu, apabila ilmu pengetahuan kita melebihi orang lain, berkongsilah, sharing is caring. dan jangan pernah ataupun jangan terlalu bermegah dengan kepandaian yang kita miliki. ilmu itu kan milik ALLAH. jika ALLAH berkehendak untuk menariknya semula, tiada siapa dapat menghalang. sentiasalah muhasabah diri kita :)

thank you for reading and take care. wassalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment