Saturday, June 23, 2012

on my way




Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah done edit my blog. you didnt see any different? sure lah my dear readers, i only edit my old entries. i think i have deleted half of my entries. before got 200 something but now only left not more than 90 entries. why did i deleted most of them? hurm honestly at first i only want to edit it but after checked it one by one, i realised that most of them didnt bring and leave any good impact to my readers, maksud saya entry yang melalaikan, mengikut emosi semata-mata and etc. so thats why i deleted them. still got few entries that i should edit but i feel tired to continue it.

as i checked my old entries, those sweet, hard, sad memory came into my mind one by one. how i miss those time. but alhamdulillah because of those things that happened before, i became more strong and matured now. yeah according to my title for this entry, i want to tell you guys that now im on my way to be a better me. insyaAllah. btw, i made a time table and insyaAllah mulai minggu hadapan saya akan mula serious and focus with it. this weekend hanya berjinak-jinak dengannya. the most strict time table ever. but insyaAllah, akan ada hasilnya. if ALLAH wills.

para pembaca yang disayangi ALLAH, kita ini manusia biasa yang tidak akan pernah jadi seorang yang perfect. tetapi, kita boleh mengubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik. dan sesungguhnya skop perubahan ini sangat luas. misalnya perubahan dari segi perlakuan, pemakaian, pemikiran, pembelajaran dan sebagainya. jadi buanglah mind set kita yang mana apabila seseorang memberitahu bahawa mereka ingin berubah, kita katakan dulu mereka seorang yang jahat dan sebagainya. kalau kita bersungguh-sungguh hendak berubah ke arah yang lebih baik, sentiasa memohon kepadaNYA dan istiqamah dengan perubahan itu, insyaAllah kita akan kekal berada dalam keadaan yang baik itu. insyaAllah.

dan jika perubahan yang baik itu sudah kita capai, janganlah berhenti menyimpan impian dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi. sebagaimana kita tidak berputus asa dalam mengejar, mencari cinta, redha dan hidayah ALLAH. dan sekalipun kita sudah berubah menjadi yang lebih baik, tetapi masih terdengar bisikan-bisikan, kata-kata yang mengutuk, mencaci diri kita yang dahulu, janganlah bersedih wahai hamba-hamba ALLAH. sesungguhnya ini merupakan ujian daripadaNYA. tabahlah mengharungi ujian-ujian tersebut. ingatlah, pandangan manusia itu selalunya boleh membuatkan kita lalai dan terleka. oleh sebab itu, janganlah terlalu difikirkan sangat pandangan manusia itu, sebaliknya fikirkanlah, utamakanlah pandangan ALLAH terhadap kita. maksud saya di sini, bukanlah kita perlu mengabaikan terus kata-kata manusia itu, tetapi jika kita rasa kata-kata dan pandangan mereka itu hanya untuk menjatuhkan kita dan membuatkan kita berputus asa dari terus merubah diri ke arah yang lebih baik, arah yang lebih diredhai ALLAH, maka abaikan kata-kata manusia tersebut..

berubahlah kerana ALLAH dan bukan kerana kata-kata manusia semata-mata. kerana siapa kita di 'mata' ALLAH itu lebih penting daripada makhluk ciptaanNYA yang lain. renug-renungkan~

thanks for reading. selamat bermuhasabah diri dan dapat menjalani proses merubah diri ke arah yang lebih baik dengan penuh istiqamah. take care. assalamualaikum wbt. =')

No comments:

Post a Comment