Saturday, June 16, 2012

uhibbukum fillah

Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. every second yang berlalu, every step that we take, jangan pernah berhenti mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. whatever ALLAH give us, dont forget to say alhamdulillah. =')

few times bila saya bersendirian, saya teringatkan diri saya ketika saya berumur 5-6 tahun. betapa saya merindui diri saya yang itu. teramat rindu. selepas usia itu, saya leka. terleka dengan hal-hal duniawi. sedih bila dikenang kembali. tetapi dengan izin ALLAH, alhamdulillah, saya dapat rasa, diri saya yang berusia 5-6 tahun itu sudah kembali. allahuakbar. =')




first week bersekolah untuk penggal yang kedua ni macam-macam yang berlaku. result exam seperti yang sudah dijangka. its okay. insyaAllah next time can do better. hari rabu dan khamis, ye pada dua hari tersebut air mata saya mengalir dengan deras. allahuakbar. terima kasih ya ALLAH, kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti mereka. sahabat yang setia di sisi di saat aku memerlukan mereka, yang tidak pernah jemu mengingatkan aku tentang kekuasaanMU, kasih sayangMU ya rabbi.

saya, seorang yang susah nak rapat dengan seseorang. susah nak luahkan perasaan dekat orang lain. suka pendam perasaan seorang diri. tapi alhamdulillah, saya rasa selesa untuk berkongsi cerita dengan mereka berempat. tetapi cara saya luahkan perasaan dekat dua orang daripada mereka adalah dengan cara yang berlainan. lebih kepada pendapat dan perkongsian ilmu kerana saya tidak sepatutnya meluahkan perasaan secara berlebihan dengan mereka. both of them bukan muhrim saya. alhamdulillah juga saya ada kak mas dan atin. sekurang-kurangnya saya tidak rasa terlalu terbeban dengan apa yang saya rasa.

even saya tak dapat nak luahkan semuanya dekat mereka, tapi at least saya rasa lega after telling them satu daripada seribu satu masalah saya. honestly, saya tak pernah luahkan perasaan atau share apa-apa masalah saya yang saya rasa private dengan mana-mana kawan saya. boleh dikatakan terlalu banyak perkara yang saya rahsiakan, saya simpan elok-elok dalam diari hati dan minda saya. hanya mereka berempat ini sahaja yang saya sudi berkongsi masalah itu. saya pun tak tau kenapa. semua ini terjadi dengan izin ALLAH. 

dengan nama ALLAH, saya sayang sangat mereka berempat ini. sebab mereka sering mengingatkan saya tentang DIA saat saya rasa saya tak mampu nak teruskan langkah. dengan izin ALLAH, perbuatan mereka sangat menyentuh hati kecil saya. susah nak cari kawan seperti mereka ini. alhamdulillah. terima kasih ya rabbi kerana menemukan aku dengan mereka ini. semoga ikatan persahabatan yang terjalin di antara kami kekal hingga ke syurga ALLAH. amin ya rabbal 'alamin.

sahabat-sahabat saya yang lain jangan terasa hati ye. saya juga sayang kalian semua kerana ALLAH ta'ala. semoga persahabatan kita kekal. ukhuwah fillah abadan abada till jannah. amin.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini. semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat ALLAH, amin. wassalamualaikum wbt. =')


No comments:

Post a Comment