Sunday, June 17, 2012

to my future husband









Assalamualaikum wbt. bismillahirrahmanirrahim. how are you guys? semoga kita sentiasa berada dalam rahmat ALLAH, amin. semasa kita kecil kita berangan-angan untuk menjadi seorang yang berjaya dan terkenal pada masa hadapan. dan tidak salah jika sekarang, dengan umur yang hampir mencecah dewasa ini kita memikirkan tentang bakal suami mahupun bakal isteri kita. ramai orang yang berkata "dont judge a book by it cover". tetapi lumrah sikap manusia itu yang lebih kepada berkata-kata dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. sayangkan...

ada wanita yang mudah terpikat dengan rupa dan kata-kata manis si jejaka. dan tidak kurang juga jejaka yang terpikat dengan kecantikan dan kekayaan si wanita. saya percaya bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. tetapi ada juga perempuan atau lelaki yang kurang baik mendapat pasangan yang lebih baik. semua ini berlaku dengan izin ALLAH. dan saya percaya ada hikmahnya.

alhamdulillah, sehingga ke saat ini saya tidak pernah terjebak dalam masalah couple. even ramai kawan di sekeliling saya yang berbuat demikian, alhamdulillah saya dapat menahan diri, dan insyaAllah tembok pertahanan itu masih kukuh. saya selalu cakap dekat diri saya couple itu haram. dan bercinta dengan mereka yang belum halal buat saya akan membuatkan saya jauh daripada ALLAH.

tetapi sebagai manusia biasa saya juga tidak dapat elakkan diri dari perasaan minat, suka dekat seseorang, dua orang, tiga orang etc. haha. dan jika dikenang kembali kisah minat ini pada zaman form 3 dan ke bawah memanglah mencuit hati, agak kelakar. rasa diri ini tak matang. bukan tak matang dengan perasaan itu tetapi erm entahlah. berbeza dengan perasaan yang hadir pada zaman form 5 ni. menyimpan minat terhadap seseorang tetapi berfikiran lebih ke arah islamic. berbalik kepada perasaan minat, suka ini, pada saya hal ini tidak perlu dihebohkan sekalipun kepada kawan yang paling rapat dengan kita. kita suka kita bagitau kekasih hakiki kita, ALLAH. kalau benar orang yang kita suka itu memang untuk kita, insyaAllah ALLAH akan permudahkan.

ke hadapan bakal suamiku, saya tidak tahu siapakah awak, dimanakah awak berada sekarang, dan saya juga tidak tahu adakah sempat untuk kita bertemu, allahua'lam. siapa pun awak, saya cuma nak cakap bersedialah. kerana saya memerlukan bukan sekadar seorang suami tetapi seorang imam. imam yang dapat mengimamkan setiap solat saya dan bakal anak-anak kita. imam yang dapat mengajar dan memperbetulkan bacaan Al-Quran saya dan bakal anak-anak kita. imam yang sentiasa menegur kesalahan saya dan mengajar bakal anak-anak kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. yang paling penting, saya mencari seorang imam yang dapat memimpin, membawa saya dan bakal anak-anak kita ke syurga ALLAH. wahai bakal suamiku yang dikasihi ALLAH, saya menunggu, menanti kehadiran awak. semoga bila kita bertemu kelak awak sudah betul-betul bersedia untuk menjadi seorang IMAM kepada saya dan bukan seorang suami semata-mata.

thanks for reading dearest people. see you guys in the next entry, insyaAllah. may ALLAH bless and protect us always. amin. assalamualaikum wbt. =')

No comments:

Post a Comment